Ada orang raya ke-5 dah kene balik Jerman. Aku kira-kira tinggal lagi sebulan lagi untuk aku spend kat Malaysia, dah dekat 3 minggu skrang kat sini.
Keluar masih lagi cuma untuk teman mak hantar dan jemput adik ke sekolah, ke pasar dan bank. Cuma sekali keluar dengan kawan untuk iftar di restoran kira-kira 2 km dari rumah. Tapi alhamdulillah, beberapa target cuti summer dah boleh cross out.
Sebelum ni, boleh kata kebanyakan perjumpaan makan-makan, reunion dengan kawan-kawan, bila akhir hari terasa kosong balik. Yang terisi cuma waktu kawan-kawan di depan mata.
Aku x expect banyak untuk cuti ni, x expect banyak-banyak perjumpaan, konvoi segala bagai. Cukup setakat aku rasa dekat dengan keluarga, cukup setakat perjumpaan yang x seberapa tapi impak besar.
Dulu lepas habis SPM, masa jiwa remaja meninggi, aku pikir kawan segala-gala. Masa persediaan pun sama. Aku kira ada kawan hati tenang. Aku pikir masa ni, bukan lagi masa ibu bapa sentiasa betul, masa ni ibu bapa boleh jugak buat salah, dan kesalahan ibu bapa tu bergantung pada timbangan aku.
Aku x rasa jarak yang buat aku sedar, tapi kuasa dan pengetahuan Dia yang buat aku sedar.
Macam yang orang canang pasal cinta pada pasangan, pasal cinta bukan pada kelebihan tapi juga kekurangan; kadang-kadang kita lupa untuk apply untuk cinta pada ibu bapa.
Dari kita lahir sampai sekarang entah dah berapa banyak sekecil-kecil kesilapan sampai sebesar-besar kesilapan kita ibu bapa kita mampu buat macam 'hati nyamuk depan mata'. Tapi bila dah besar kita kata kita x mampu dah tolerate kesalahan diorang.
Bak kata sorang penulis ni, (lebih kurang la) kasih ibu bapa pada anak itu, sejak anak masih dalam perut lagi. Tak kira betapa kerap dan panjang kita post dan like status di Fb "saya sayang mak/ayah saya" dan entah apa lagi, tak mungkin boleh tanding kasih ibu bapa.
Memang ada ibu bapa yang sifat langsung x berupa ibu bapa, buang/dera anak segala bagai. Tapi bukan aku at least, dan aku sure yang baca jugak.
Aku x tulis ni saja-saja sebenarnya.
Bila aku tengok susuk mak aku skrang, aku perasan aku dah 21, dan mak aku pun sure sure la bukan makin muda. Dari yang aku tengok, berbeza dari dulu, mak ayah aku makin lama makin sensitif, makin mudah terasa, terlalu banyak yang diorang pendam.
Ok la, selamat mengejar baki Ramadhan!
No comments:
Post a Comment